Wednesday, October 7, 2009

Johor-KL-Perlis balik kampung journey

Hohoh..Sebelum berceloteh dgn panjang lebar, saye nk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua…walau di mana anda membaca blog saya ini..di desktop, laptop, netbook, screen lebar Handphone sony ericsson xperia x1 baru anda, maupun di perbatasan hehee… Maaf zahir batin ye…

Bagaimana raya tahun ini?Seronok? Bagi saya raya tahun ni amat menyedihkan sebab tak dapat merayakan hari raya pertama malah, terbaring sahaja atas katil, tak dapat makan ketupat,kuah kacang, kari ayam…(heh dh lapar ni)..semata-mata sebab perut masuk angin dan muntah. Kira macam kembung perut la…ingatkan newborn je kembung perut rupanya org dewasa pn boleh kena…and sebenarnya memang sakit sangat. So patutlah kalo baby kembung perut dia akan nangis menjerit-jerit ehhh…mestilah baby rasa lagi sakit…kan…

So sebab tak tahan sakit dari subuh…akhirnya gagahkan diri bangun nk pergi klinik.tu pun dah pukul 5 petang. And kalau nama tempat tu Gelang Patah, hari-hari biasa pun klinik tutup macam public holiday, lagilah hari yang memang public holiday kan…so ada 5 klinik dekat pekan…semuanya TUTUP! Cis…mana nak cari ubat. Takkan lah nak pergi hospital pulak…dah la tak mandi kan masa tu hehe…akhirnya terdengar iklan dekat Radio Sinar, pasal Woodwards Gripe Water. Apa tu? Tak pernah dengar pun ek? Hehe...benda ini lah...


Alhamdulillah selepas minum 3 teaspoon ubat ni, perut tak rasa menyucuk lagi...rasa nyaman aje perut...and selepas itu saya dah boleh bangun makan semua yang ada kat meja makan...muahahha..Cuma terkilan sebab baju raya pun tak sempat pakai tau!!! Huwaaa..... tak sempat amil gambar zulaikha first time pakai baju kurung. Mengamuk dia...panas agaknye hehe

So hari raya pertama dah burn....Esok kena balik kampong mertua yang jaaaaaauhhhhh dia mata...And bila saya kata jaaaauhhhh...tak ada lah di oversea...dalam Malaysia juga..tapi kampong saya dekat Johor and mertua dekat kuala perlis....jauh kan...hehe...total distance back and forth is 1698km...huhu...

Tengok map aje pun dah terasa penatnya...adoii laa...


Bergerak dari Johor hari raya kedua tapi sampai dekat perlis hari raya ketiga..ehe..singgah tido dekat KL dulu...tak larat la wey...jauh tu...penat tau...uuuuu....


Anda rasa penat? Mesti...mesti...saya tak mahu berehat...hanya mahukan ice cream baskin robbin yang tak mampu dibeli sebab mahal dan sedikit aje makan dah habis licinnn...


walaupun tidak memandu dan hanya duduk di belakang sahaja sambil makan ehehe....Oleh itu berkesempatan merakam gambar yang cantik pada pandangan mata saya tetapi mungkin tidak cantik pada gambar ini kerana yang rakam gambar ini hanyalah seorang jurugambar tak super dan hanya menggunakan 3.2mp camera Handphone...(kawan-kawan yang baik hati boleh main kutu ramai-ramai kalau hendak belikan saya SLR okay...T_T)

Dan saya paling over excited sekali bila dah masuk negeri Kedah sebab nampak sawah bendang. Cantik tau!! Hijau sahaja...saujana mata memandang...tak macam highway balik JB. Kalau tidak nampak pokok kelapa sawit, mestilah hutan belukar, ataupun pokok jati. Itu sahaja. Amatlah bosan dan tidak menarik langsung (sebenarnya saya ingin katakan jika letak poster Jordan Chan dalam Initial D sepanjang lebuhraya, ia akan menjadi lebih menarik dari mendapat duit raya...eh.eh..tak ada kaitan ek)

Ini adalah gambar-gambar yang sempat saya rakamkan...teruja tak? T_T


Ooohhh....saujana mata memandang...langit yang indah...haish...macam tak nak pergi mana-mana. Nak duduk kat highway ni aje tengok sawah bendang hehe....


First time tengok mesin ini live in action...selalu tengok dalam tv aje...nyaris-nyaris suruh en.driver berhenti. Dari kecik sampai ke tua ni hari-hari makan nasi tapi mesin ini pun tak pernah tengok dan tak tau pun macam mana teknologi dia...sapa tau boleh reply blog post ni ehehe..


Akhirnya penat lelah berbaloi...kami bertiga pun tiba ke destinasi pada waktu hamper mencecah 8 malam..Keluar dari rumah di KL pukul 11..maknanya perjalanan memakan masa 9 jam...ish2...ini naik kereta enjin 1.6 ke kereta kambing...hahaha....(kenapa kereta kambing dan bukan kereta lembu kena Tanya en.driver hehehe...)...

Iyelah...semenjak ada baby, kita tak boleh macam zaman bujang or zaman belum ada anak dulu...drive sampai tersengguk-sengguk atau tekan minyak samapi 160kmj. Kena fikirkan keselamatan keluarga...terutamanya anak tu...dan orang yang menunggu di rumah..mak ayah kita...So penat memang penat....tetapi tak boleh lawan anugerah orang tepenat di bawah....

Anugerah orang paling tepenat jatuh kepada....

...Jeng...

...Jeng...

...Jeng...



Kelindan kereta kambing tak sedarkan diri tetido dengan aksi begini...


Apa-apa pun yang penting kami selamat pergi dan kembali....semestinya akan balik Perlis lagi hujung tahun ni sambil singgah ke majlis perkahwinan kawan baik saya Cik Bulan (anda rasa nama sebenar ke) di kedah...ariba! ariba!!

Cik bulan, kitaorang nk goodie bag yg ada ice cream baskin robbin tau!!! hehehehhe


0 owesome!!:

Related Posts with Thumbnails