Monday, September 14, 2009

Bonus? Apa yang tidak perlu tapi ngada-ngada nak beli

haha...bonus raya okay!

Thanks to the management for approving the raya bonus.Nampaknya gimik para pekerja menjadi eh tak..tak...mmg setiap tahun pun ada bonus raya..sebulan gaji sahaja tapi Alhamdulillah...boleh beli itu..ini...itu...ini...

Apa benda yang tidak perlu tetapi saja ngada-ngada nak beli atau dalam erti kata lain..membazir!
hehe...
eh..eh..ni bukan membazir sangatlah sebab kalau membazir tu bila tak pakai...ni akan pakailah kalau beli nanti...hehe...akan penuhlah almari solekku dengan segala macam barang...hihi...

Sebab tak tau nak beli ape..so all afternoon i tengok-tengok website ni, and decide what to buy...
Best sangat masuk website ni sebab mata anda tidak akan mengantuk lagi kerana melihat iklan-iklan seperti:

Sale 50%
.....

ataupun

Fragrance Super Special...30% - 60% Sale..

Hehehe.....okay let's check it out...http://oth.strawberrynet.com/main.aspx



Can see the "Extra Special Discount" kan? It's in the blue circle heehee..

Kite boleh beli macam-macam dekat sini...from skin care..make up...hair care..woman's fragrance..men's fragrance...and with special discounts...tapi or course lah for selected items only...
Kite boleh shop by brand, or shop by product types...

So all the ladies...what brand you wear?Biotherm?Lancome?Stila?Benefit?SK-II?Estee Lauder? Elizabeth Arden? Semua ada di sini....


Shop by brand from A-Z



Kalau tak nak beli pun...orang kata cuci mata je....then sampai kat rumah pun masih terbayang-bayang eye shadow palette yang berwarna-warni...maskara curl,maskara volume, maskara itu..ini...hehehe...so akhirnya akan terbeli jugak la kot....

And for new customers, ada free Stila makeup for you!! huh..huh...

Lelaki pun boleh tengok website ni...beli facial foam for yourself (jangan tak mengaku pakai facial foam ye) or belikan your girlfriend/wife something she likes... Contohnye i nak beli benda ini sebab cute sangat...hehe...so orang yang berkenaan faham-faham lah ye...heeheee


Harganya di sini ialah RM 173...So my advice is, before you buy...pls check any lancome counter or website for the price..okay...


So tak nak cakap banyak-banyak...see it for yourself...
jangan salahkan I ya kalau duit you all berkurang dengan banyaknya...heeheee...




Tuesday, September 1, 2009

Pagi hari selepas hujan di kampung. Dan memori lama pun datang

Minggu lepas I dibenarkan masuk kerja lewat. hehe..bagus dapat bos yang memahami semata-mata i lambat balik petang sebelumnya. i kena assist vendor buat server migration project and luckily bos benarkan i masuk lambat. Sebab tiada OT, bos cakap kerja 8 jam sahaja.yayyy...

and anyway i pun tak paham kenapa management level takde OT sebab kalau kerja macam i, management level pun terpaksa balik lewat juga kalau ada any services down. And kalau namanya services down, tak kiralah pukul 2 pagi ke, 5 pagi ke, confirm orang akan call kita untuk problem solving.

Kadang-kadang cakap pun mamai-mamai lagi and mata pun tak nampak nombor siapa yang keluar dekat screen handphone (kalau nampak tak angkat la kot hehe) tapi terus sedar sebab technician ada cara nk buat kita terus terkejut berut and lupa nk tidur. Contohnye dia cakap macam ni, dengan cemasnya, "Network down satu PTP. Suma pc, dekat crane, dekat RTG, kat suma tempat, dah cuba macam-macam tapi tak boleh jugak. Kena buat cepat ni. Operation dah bising".....haa...cakap macam ni confirm kalau tidur macam kayu mati pun boleh bangun and trak ada rasa nak tidur lagi selepas itu. Kalau tak bangun juga, esok pagi masuk office mesti rasa nak berhenti kerja sebab kena maki hahhaa or malam tu tak boleh tidur lagi sebab technician call interval setiap 1 minit tanya update.

Tapi kerja tu macam welfare pulak sebab tak dapat gaji/OT pun kalau kerja lebih masa atau kena on-call dekat rumah. Technician jugak yang untung. Hujung bulan, gaji technician lebih banyak dari gaji kita huhu. Technician boleh pakai shade Oakley harga 800, kita pakai Bonia after sale harga 186 sahaja tau...huhuhu..and pencuci muka pun pakai Garnier sahaja yang harga 12 ringgit, wife technician boleh pakai SK11 uhuk2..ehhehee...untung kan...kalau tau dahulu macam ini, i nak jadi technician sahaja...dapat OT ujung bulan, beli handbag eheh.

And berbalik kepada tajuk entri i, disebabkan satu pagi yang boleh masuk lambat ni, i take my little daughter, Zulaikha for a short walk around the house. I duduk kampung. So memang privacy kalau hendak jalan-jalan kaki pun or jogging sekalipun memang tak ada orang kacau kecuali anjing dari kandang kuda sebelah rumah.

i ambil kesempatan tu, masukkan zulaikha dalam baby carrier, and i pun bawak my camera. Pagi tu memang nyaman sebab malam tadi nye hujan and pagi tu pun angin sepoi-sepoi bahasalah haha. Burung-burung pun datang banyak kacau abah yang tengah mesin rumput. So memang enjoy the moment. So, i memang kalau boleh tak nak pindah cari keje KL sebab duduk dekat kampung lagi best walaupun takde saloma bistro, butik coach, whatsoever....kantoi kalau husband i baca entri ni sebab nanti dia merajuk lah i tak nak pindah KL hahaha. (kalau nak jugak suruh pindah, kena bribe dengan coach poppy hehehhe)




jalan-jalan dengan zulaikha whom i carry in a baby carrier. Tak boleh dukung si pipi labuh ni macam tu aje sebab dia very excited and akan lonjak-lonjak ke sana ke mari. Heh...anak siapa la ni...




Okay. Ini jalan dari rumah ke jalan besar..dulu sebelum kahwin, masa rajin-rajin, i akan jogging kat jalan ni ulang alik sebab hendak pergi taman jauh dekat Bukit Indah. So jogging depan rumah aje perlahan-lahan. Then bila i nampak anjing nak keluar dari pintu pagar kandang kuda, i lari laju-laju (padahal tak laju pun sebab dah ehem-ehem haha - tak sanggup nak mengaku dah oversized haha)

Suasana selepas hujan memang enak. Rasa macam nak tidur zzzzz...walaupun masa hujan tadi dah tidur macam tunggul kayu




Inilah kandang kuda sebelah rumah. Owned by Singaporean. Very clean kuda-kuda ini memang diorang jaga sangat bersih, mandi 2 kali
sehari (korang pun kalau hujan mandi sekali aje or tak mandi langsung lepas tu pergi kerja sembur mnyak wangi banyak-banyak. Kantoi. hehe) sebab kuda-kuda ini digunakan untuk? heh sila interview tuan punya kandang kuda. Anyway, it is not open to public. Even i pun tak pernah masuk and pegang kuda tu walaupun dah dapat permanent green light dari owner. Hari-hari tengok kuda so rasa kuda tu macam kucing aje. Tak heran pun huhuhu




Tengok! Tengok! Bukan i aje yang feeling dengan suasana pagi selepas hujan ni. Kuda ni pun sama..siap berpartner lagi ceh..





okay itu di dalam gambar adalah rumah mak dan abah yang dikasihi. I cuma tumpang duduk aje. Belakang rumah ada bukit and kalau i nak teruskan usaha kurus, kena jogging naik bukit tu pulak la kot. Ambulan kena ready tunggu kat bawah ye. Bawak i pegi hospital.

Dulu jalan ini tak bertar. Setiap kali hendak raya, abah akan beli batu kerikil 2 lori sebab nak tambak jalan ni. Sebab setiap kali nak raya, mesti hujan lebat and jalan tanah merah pulak. Kesian orang nak datang rumah kata abah.

Yang jadi penolak gerabak - I lah. Magsa penderaan @ buruh kanak-kanak hehehhee. Tipu. Ikhlas bantu abah and hendak rumah kita cantik juga. Saayang abah.





Sebab sayang abah, letak gambar abah kat sini sedang mesin rumput dekat kebun depan rumah. Tak nak upah orang. Abah lebih suka mesin sendiri. Puas hati.





Ini parit kecik sebelah rumah. Masa zaman kanak-kanak dulu, waktu tengahari, selalu main dekat sini sorang-sorang. Akan ambil tapis santan kelapa mak kat dapur, cedok dalam parit ni sebab nak tangkap ikan hehehehehe.....dapat ikan tau!


Selalu berangan, and dah nama berangan so memang tak masuk akal pun. Berangan, alangkah bagusnya kalau kita kekal sebagai kanak-kanak. Tak perlu pikir pasal kerja, pasal bos, pasal harga minyak naik, nak beli handbag mahal, duit tak cukup bla, bla, bla.... Yang ada dalam kepala cuma main, tengok tv, makan, tidur. hehehhehe...

So untuk anda semua yang sudah menjadi ibu-bapa, hargai anak-anak anda dan berikan mereka kasih sayang supaya mereka dapat lalui masa kecil yang indah....seperti saya..walaupun tidak dibesarkan dalam kemewahan, saya bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan mak dan abah yang menyayangi saya dan abang-abang, serta amat mementingkan pelajaran kami.

Terima kasih mak dan abah....Semoga adik pulak dapat membahagiakan mak dan abah...Amin....



Related Posts with Thumbnails