Showing posts with label i truly hate it. Show all posts
Showing posts with label i truly hate it. Show all posts

Thursday, May 26, 2011

Sesetengah benda masih menghantui, walaupun sudah ditinggalkan jauh

Assalamualaikum!

begitu lama tinggalkan blog ni. Tapi hari ni mesti menulis juga
Sebab nak MOTIVATE diri sendiri

Kawan2 yang rapat mesti tau yang sebab utama I left my former company
was because of a person
I'm not putting the blame on him. Even after all the things he's done/say

I'll just think that I'm the one at fault......Surrendering so easily
If we want to move forward, we don't put the blame on others
We blame ourselves, get over the weaknesses, then we can move forward


But truly, I hate him so much. Very much


Even dengar nama dia pun dah rasa nak demam
Dengar nama dia aje dah buat rasa so down.....perut pun rasa tak sedap...badan rasa lemah semacam
Feel so sad...
The only thing i wanna do is to get some sleep....




Hopefully someday, I'll get over this.....
I want to forget this person


I can do it!
Insya Allah!!

Friday, July 2, 2010

Bagi saye, sesetengah perkara lebih baik jika tiada

hari ni berlaku sesuatu dalam diari kerja saye
performance review
hahah
semenjak tahun lepas, performance review ni bagai nightmare untuk saye
kenape begitu tak perlulah diceritakan

Tapi bagi saye, ini pendapat saye, ramai orang bijak pandai di luar sana yang surely akan tidak setuju dengan kata2 saye
Tak mengapa, seperti yang saye katakan, ini pendapat saye
isi hati saye


Sebenarnye saye dah putus asa @ malas@ menyampah dan rasa tak ada gunanya performance review ni
Selain dari target achievement yang berubah 3 kali setahun, awal tahun target lain, tengah tahun kita kena bambu sebab target too high to achieve or dapat result teruk then akhir tahun setelah bersusah payah kejar target, datang opis malam2 tinggal anak tinggal suami di rumah, target yang dibuat dari awal tahun tiba2 kena follow department punya
kalau kita bagus, overall department score tak bagus, so kita pun kena dapat score tak boleh lebih dari department score

Mungkin anda tak paham apa yang saye katakan

takpe


Dan sebenarnye saye mungkin dah masuk fasa Don't Care

And hari ni satu lagi isu kelakar pasal benda ni
Saya diberi markah rendah semata-mata kerana ada orang call saya selepas opis hours, tapi tak dapat. Seingat saya, baru 2 kali orang tu call, tapi dia kata 5 kali.
Dalam masa 6 bulan, 5 kali tak angkat telefon selepas office hours, maka anda tidak layak dapat perfect marks????
Walaupun di masa-masa lainnya anda mengangkat telefon, remote access to office untuk troubleshoot, datang opis pada hari cuti selepas dijerit melalui telefon walaupun masalah yang berlaku di opis bukan masalah saye, dan keesokan hari tiada kata maaf pun

Kalau macam ni gayanya, baik saye gantung je telefon tu kat leher...

Come on lah...

You ask what i can give back, but you yourself, what have you given to me? To us?
Is it only yelling??
f**k off

Friday, February 19, 2010

Bila kita buat kerja extra - Orang kata tu TANGGUNGJAWAB...

Tapi bila sesuatu masalah berlaku, kita dilabel "SCREW UP"
atau
Kata-kata tanpa perangsang seperti:
1) Kalau awak tak nak buat, biar saya aje lah yang handle
2) Ni mesti dia dah buat something ni
3) I don't care, you make sure the problem is solved, no more excuses or i'll make sure you're out of your job

Bukankah kita sama- sama manusia yang datang ke tempat kerja untuk mencari rezeki
Rezeki yang halal..yang diberkati Allah
Tetapi kenapa ada manusia yang entah kenapa, tak dapat nak dijelaskan dengan perkataan, bahawa mereka ini sangat menjengkelkan hati dan perasaan

Salahkah jika kita menjadi orang atasan yang berbudi bahasa
Yang adil
Yang tidak membuat keputusan membabi buta @ mengikut perasaan
Dan yang penting sekali
Oleh kerana kita punya kuasa maka semua orang mesti ikut cakap kita
Adakah semua yang kita cakap itu betul?
Dan kenapa ketika kita menyedari apa yang kita katakan itu salah, dan ada pekerja bawahan kita yang sudah menanggung akibat dari kesalahan kita itu, tapi tiada kata maaf pun yang keluar dari mulut kita
Wajar digelar manusia atau apa orang seperti ini


Inilah penyakit hati dan otak yang aku rasa wujud di banyak tempat

Catch Somebody Doing Wrong instead of Catching Somebody Doing Right

Hanya kesalahan yang diukur, tetapi penat lelah kita, masa yang kita gadaikan untuk kerja walhal sepatutnya ketika itu kita bersama anak dan keluarga di rumah, TIDAK PERNAH DIHARGAI
Adakah kerana itu dipanggil tanggungjawab kita sebagai pekerja?
Tanggungjawab yang mencekik leher

Pernahkah terfikir yang waktu bekerja hanyalah 8:30 - 5:30
Tetapi kenapa jika ada yang pulang pukul 5:30 maka dia telah dipandang serong??
Apa gunanya pulang pukul 6:30 tetapi sepanjang hari hanya melayan facebook dan berbalas email?
Bukan kenaikan gaji yang diminta
Walaupun gaji itu adalah sebab kita bekerja, tetapi jika tidak bahagia apalah gunanya

Apalah salahnya ketika masalah melanda, kita sebagai orang atasan memberi kata perangsang
Memberikan semangat..


Cubalah dari hari ini menjadi seorang MANUSIA YANG PUNYA HATI DAN OTAK


Thursday, December 10, 2009

Untuk kawan-kawan seangkatan

Dimana-mana office pun ada manusia yang serupa..
yang bias...
yang tak nak mendengar pendapat orang...
yang suka aim orang bawahan...
yang asyik ingat orang bawahan tak ada kerja...
yang ingat kalau orang bawahan bukak browser tu maknanya dia surf internet
bukannya buat kerja...
yang suka jerit-jerit dalam opis...
yang suka kutuk orang bawahan kuat-kuat kalau dia tak suka dekat orang tu
yang menyebabkan sampai orang berhenti kerja...


marilah kawan-kawan kita update CV....
mungkin ada ketenangan hati dan kegembiraan yang menanti di tempat kerja yang lain....
Related Posts with Thumbnails