Showing posts with label mood swings. Show all posts
Showing posts with label mood swings. Show all posts

Tuesday, February 15, 2011

what am i missing...


More than a month has passed since New Year
I'm still busier as ever

eh macam puisi pulak eh
hehe

But that's so effing true

I'm still asking myself whether i've made the right choice
Did I leave the tiger's mouth only to fall in to the crocodile's mouth?
Or did i feel all the 'new job' challenges? Since you're new, everything's new, so you have to start all over again, learn new things...take so much of your time
maybe

I remember someone told me before
when we have problems or when we have reach the end of our will, think of all the good things Allah has give us
Think of all the unfortunate people. We'll realize we are far much better than them.

I think i will use that someone advice right now..
cause i'm feeling i'm loosing every inch of my will every day..

Monday, May 17, 2010

Photo yang meruntun hati saya....

Sebelum melihat photo ini...saya sedang berkira-kira hendak membeli handbag baru
Dah berbulan-bulan saya survey handbag tu dekat online blogshop...

Tiba-tiba seorang kawan send photo ini kepada saya....
Bila melihat photo ini...hati saya menjadi sungguh sayu..
Mungkin kerana hakikat saya kini mempunyai seorang anak, saya terbayang anak saya di dalam gambar ini...

Kasihan sungguh nasib mereka ini....si adik hanya bergantung hidup dengan si abang yang umurnya masih lingkungan kanak-kanak...
Botol susu hanya di isi dengan air kosong yang tak tahu mana sumbernya....

Di mana mereka tidur pada waktu malam? Ketika hujan?
Apa yang mereka makan setiap hari?



Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang gambar ini
Seolah-olah gambar ini terpampang depan mata saya...

Saya terbayangkan anak perempuan saya dalam gambar ini kerana dia juga suka tidur dengan mulut ternganga di pangku saya...
Cuma bezanya anak saya tidak begini..dia memakai baju cantik, tidur di atas tilam empuk, minum susu yang paling mahal di pasaran....
Anak saya masih ada ibu dan ayah yang menjaganya dan menyayanginya...


Hati saya sungguh sayu..dan saya tak sanggup beli handbag baru kerana saya masih lagi terbayang gambar ini di birai mata saya...
Saya tak sampai hati belanjakan 1000 ringgit untuk handbag baru selagi terbayangkan 2 kanak-kanak ini....

Semoga nasib kanak-kanak di seluruh dunia akan terbela..
Dan bersyukurlah kita ini yang dilahirkan cukup serba serbi
Alhamdulillah



Tuesday, February 16, 2010

Madah di pusara

oh hari ini memang amat aman
sehabis amanlah....aku boleh buat kerja sambil tersenyum walau dalam hati hangin
\(' ; ')/

kenapa?
oh kita memang rasa begitu kalau bos takde hihihihi..
Bukannye tak buat kerja...still buat kerja seperti biasa..facebook pun tak bukak - sebagai menghormati diri sendiri sebab aku yg jaga internet usage log. So kalau aku bebel-bebel internet slow sebab ramai bukak facebook, maknanya aku bebel diri aku sendiri - oh alangkah tak malunya... ;p
Tapi kalau sesiapa nak bukak time office hours, terpulang
Aku tak kisah, aku tak terjejas apa-apa - lainlah kalau aku yang kena bayar ke hehe

ok
disebabkan opis yang aman, aku pun bukak lah lagu-lagu lama
dengar lagu ekamatra, febians, exists, search...haish....layan abis lah lagu-lagu lama ni
dan aku pun happy sebab dapat lagu ni
dah lama aku cari nak download dan akhirnya dapat jugak dari abang long aku
dia memang banyak lagu-lagu lama - sebab dia orang lama hihi

Sedih lagu ni...kira jiwang abis lah
;p


Exists - Madah di Pusara

Rindu…berteduh balik khayalan
Bagaikan arus gelombang
Tak henti-henti serang

Rindu…Menciptakan keributan
Mencabari kewarasan
Menenggelamkan segala azam
Untuk ku lawan

Berkali-kali tangisan ku curahkan
Redah hanya untuk menyambung rayuan
Terlindung sejenakku dari kenyataan
Terlupa bahawa kau telah diabadikan

Maaflah kasihku
Kerna merintih di pusara mu

Biar pun daku rela takdirnya
Namun kau tak bisa ku lupa
Ku dah sedari, kau tak mungkin ku temukan lagi
ooo….selamanya

Biar pun daku relakan takdirnya
Namun kau tak bisa ku lupa
Walau berkali tangisan ku curahkan
Redah hanya untuk menyambung rayuan
Terlindung sejenakku dari kenyataan
Terlupa bahawa kau dah diabadikan

Biar pun daku relakan takdirnya
Namun kau tak bisa ku lupa
Bila sedari, kau tak mungkin ku temukan lagi
ooo….selamanya
ooo….ke akhir nafas


Nak cari lirik lagu ni sikit punya susah...
sebab aku malas nk menaip
akhirnya aku dapat kat sini
Terima kasihlah kepada encik ini
akhirnya aku dapat layan jiwang yang tak bape nak karat ni T_T



Wednesday, January 27, 2010

Disko Dut..

Okay
Please
Be Positive
Entri ini sesungguhnya tiada berniat mengutuk mahupun menghina
(Ku tak mau kerana mulut badan binasa huhu)
Bahkan aku merasa hepi...really!!
Semangat aje nak masuk opis...

Alkisah...
Semestinya pada pertama kali, diulangi pertama kali, aku terkejut beruk melihat lantai baru lift kat opis...

Macam kat Disko!!! pewitttt....
(Walaupun seumur hidup tak pernah menjejakkan kaki ke disko T_T)

Lip Lap Lip Lap...
Pastu kat tengah2 lantai ada kaler merah terang benderang...
Kat opis aku ni ada 3 lift, asalnya lantai semua lift ni tile warna hitam...very the dull la kata orang hehe

Ni original tile
Tengok pun tak semangat hoh
(Pandai aje komen - nk cantik kau naik lah lift hotel)


Tapi haritu tile rosak agaknye, sebab masa pagi aku datang tu, lift under construction
Then bila aku nak pergi buat helpdesk, kebetulan lift tu dah okay, and maybe dia nk bagi aku tengok wajah baru dia yang gilang gemilang tu kot hehe

Siap ada glitter2 lagi tau...awwww..

Sesuai untuk menceriakan hati aku yang selalu tension + pressure + demotivated kebelakangan ni

So sekarang kalo aku tension, aku mesti rasa nak tengok lantai lift ni

Boleh gitu

Terima kasih kepada inisiatif yang diambil untuk menceriakan lift pejabat kita....

Kan bagus kalau dalam opis pun ceria...kan? kan?



Whatever lah - kata my niece, Najihah Khadijah yang baru umur 4 tahun bila kita bebel2 kat dia




Related Posts with Thumbnails