Showing posts with label momma stuff. Show all posts
Showing posts with label momma stuff. Show all posts

Monday, May 17, 2010

Photo yang meruntun hati saya....

Sebelum melihat photo ini...saya sedang berkira-kira hendak membeli handbag baru
Dah berbulan-bulan saya survey handbag tu dekat online blogshop...

Tiba-tiba seorang kawan send photo ini kepada saya....
Bila melihat photo ini...hati saya menjadi sungguh sayu..
Mungkin kerana hakikat saya kini mempunyai seorang anak, saya terbayang anak saya di dalam gambar ini...

Kasihan sungguh nasib mereka ini....si adik hanya bergantung hidup dengan si abang yang umurnya masih lingkungan kanak-kanak...
Botol susu hanya di isi dengan air kosong yang tak tahu mana sumbernya....

Di mana mereka tidur pada waktu malam? Ketika hujan?
Apa yang mereka makan setiap hari?



Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang gambar ini
Seolah-olah gambar ini terpampang depan mata saya...

Saya terbayangkan anak perempuan saya dalam gambar ini kerana dia juga suka tidur dengan mulut ternganga di pangku saya...
Cuma bezanya anak saya tidak begini..dia memakai baju cantik, tidur di atas tilam empuk, minum susu yang paling mahal di pasaran....
Anak saya masih ada ibu dan ayah yang menjaganya dan menyayanginya...


Hati saya sungguh sayu..dan saya tak sanggup beli handbag baru kerana saya masih lagi terbayang gambar ini di birai mata saya...
Saya tak sampai hati belanjakan 1000 ringgit untuk handbag baru selagi terbayangkan 2 kanak-kanak ini....

Semoga nasib kanak-kanak di seluruh dunia akan terbela..
Dan bersyukurlah kita ini yang dilahirkan cukup serba serbi
Alhamdulillah



Saturday, April 17, 2010

10 most popular baby names in Malaysia

Semenjak menjadi ibu ni selalu lah saya masuk website babycenter
Website ini sangat bagus dengan info-info sebelum, semasa dan selepas mengandung, juga setelah anak lahir.
Setiap user yang register profil dengan website ini boleh masukkan umur anak, dan setiap minggu kita akan dapat info mengenai perkembangan yang sepatutnya anak kita kecapi
ehe...


Antara dilema ibu mengandung, selain dari berat badan yang naik macam roket +_+
adalah nama baby
Susah betul nak namakan baby kita
Macam-macam nama
Dan sekarang jadi trend pula nama anak mesti ada glamour-glamour sikit
haha
saya tak terkecuali

Saya namakan anak saya Nur Zulaikha Arifa
Maksud nama anak saya:
Nur - cahaya
Zulaikha - yang cantik dan menggoda
Arifa - bijaksana

Complete package untuk orang perempuan kan?
ehhehe....

ok....dekat website babycenter ada list 10 nama baby paling popular di Malaysia

10 most popular boys' names


1. Adam
2. Danish
3. Aqil
4. Jayden
5. Ethan
6. Irfan
7. Rayyan
8. Isaac
9. Ian
10. Ryan

10 most popular girls' names


1. Alya
2. Hannah
3. Zara
4. Nurul
5. Sarah
6. Alyssa
7. Qaseh
8. Arissa
9. Adriana
10. Qistina


Sedap-sedap kan nama ni


Tapi ada opismate saya namakan anak dia Abdul Karim aje
Sedap jugak kan?



Related Posts with Thumbnails