Showing posts with label work equal to??. Show all posts
Showing posts with label work equal to??. Show all posts

Sunday, February 19, 2012

Training @S'pore + everything else +_+

Assalamualaikum....
Bertuahnye rasa di bumi Malaysia ni. Walhal cuma pegi Singapore saje selama 4 hari. Itupun bukan pegi bercuti/vacation/holiday segala, tapi pergi training. Which is during the day. So, after class, kitaorang pergi berlagak tourist jalan2 kat Kota Singa heheh..

Yang rasa bertuahnye balik Msia sebab rasa kat Msia ni senang giler nak carik tempat makan halal. Kat sana even tengok roti pun was-was halal ke tidak sebab ada sausage segala dekat roti tu. Ceh, balik-balik pasal makan..
Bertuah balik Msia sebab makanan, bukan sebab dapat jumpe husband ke ape ke..hehe


Budget Terminal. Pili air takde?
Pergi Singapore naik Firefly, turun dekat Changi budget terminal. I think it is smaller than our LCCT terminal. And then pegi toilet kat airport, tegezut beruk sebab dalam toilet takde pili air (al-maklum kite tak pernah pegi oversea). weh...camne nak cuci. Seksa giler ok! I was like looking all over dalam toilet tu for the pili air, tapi memang sah takde. So paham2 aje, memang kena guna tissue la ok. Fortunately, dekat hotel ada pili air. Kalau takde jugak, mau sembelit duduk sana 4 hari, keje makan, makan, makan pastu tapi tak leh buang hihihihihi....


The SGD450 per night hotel room
in Marina Mandarin Hotel
No, I am not that rich. But yes, our hotel room is that expensive since I'm not the one paying :). Sila convert sendiri. Kalau kat M'sia dah bole duduk suite kot. Bilik kecik aje, tapi ok lah untuk 2 orang. Just nice. Ada shower, ada bath tub, seterika, refrigerator, 32" flat screen TV with lots of channel incl. HBO, Tv1, Tv2, tv3 :) . Mini bar also quite good ada nescafe, english breakfast tea and japanese green tea (that tasted and smells fishy..huhu)


The bed.
'So-so' aje maybe sebab dah biasa tidur king/queen sized bed. Nasib tido malam tak jatuh katil :)



The bathroom
Bath tub memanggil-manggil seolah-olah tahu orang naik flight pukul 4:30 dah bangun and until 6pm tak mandi lagi




Balcony view day and night from the 15th floor
Night view quite awesome




Day and Night view
Hujung nun sebelah kanan tu Singapore flyer (macam Eye of Malaysia)
betul2 sebelah Singapore flyer is the famous Marina Bay Sands...sayangnye tak nampak itu from our room


Halal Buffet Breakfast and Dinner

Ye, the hotel's got the Singapore Halal cert. So boleh breakfast dengan harge SGD 30, dinner SGD 120 (If I'm not mistaken). Buffet breakfast is good from delicious nasi goreng, sushi, dim sum, breads, salads...


Bugis Street

This is a very good place for street shopping in Singapore. Saye ulangi street shopping. Meka ada lots and lots and lots of stuff especially cheap clothes, watches and souvenirs. Of course, when you go street shopping please don't compare to boutique clothes. Else just go to boutique la!!

The Little Red Dot at Bugis Street. Ada cafe and souvenir shop




Lots of unique looking non-branded watches selling from SGD5



lots of souvenirs you can find here from SGD4



Duriannnnnsssss...




korean-styled clothes for women. Soooo cheap at SGD15 only



This is maybe the 10th lingerie shop here
So cheap. See?? 7 for $20



more lingerie. 12 for SGD30 huhu..



ooopsss...and also darkly-tinted-door sex shop



More shops upstairs. But selling with higher price and from what i see, better quality clothes too


Masjid Sultan @Arab Street
Bila dah naik cab nak balik baru tau arab street ni sebelah bugis street aje hehe..pakcik cab yang baik hati hantarkan kami pergi beli nasi sebab dah pukul 10pm tak makan lagi dan tak tahu nak beli kat mana....uuuu...

And esoknye pergi meronda Arab street pulak. Looking for nice kain ela. But not that cheap and we Malaysian can get many more and better choices at Jalan TAR.

hanya mampu melihat. tak mampu membeli +_+



yang ni SGD120..huhu
so cepat2 pejam mata keluar kedai sebelum wallet keluar dengan sendirinya



sampai satu kedai ni, terpaku tengok encik ni membaca yaasin
then baru sedar diri waktu tu malam jumaat
orang dok baca yaasin, kite dok shopping



Masjid Sultan @Arab Street



Makan @Spize. Thumbs up!!
A very nice "pakcik" taxi driver recommends us to go makan at Spize somewhere at Simpang Bedok. Since we are badly craving for malay foods walhal baru 4 hari duduk Singapore +_+. Quite far, takes about 30 minutes to reach there from hotel by cab.

That pakcik recommends Nasi Upih (upih kelapa. rice wrapped inside coconut leaves or something?) but actually the nasi portion is so big and we ordered something else.


jauh2 datang makan mee bandung and char kuey teow +__+
to me, mee bandung muar lagi power. But this is their style, not bad but i prefer mee bandung muar more
Tapi lala masak ape tak ingat ni memang awesome!!!
makan 2 orang SGD 22. Ok what?


That's all for the training trip. Haven't got much time to go any other places.

Maybe next time Universal Studios pulak?? Masa tu perlu sediakan banyak2 wet wipes atau bawak bekal air mineral dalam botol untuk istinjak :)


Saturday, September 4, 2010

I'm happier than getting jackpot!!


It's not that i've ever gotten a jackpot
haram kan
I just want to say that today, i'm happier than ever and so relievvvvvvvved....

Why eh?

haha
It's Saturday and my team and i were having our monthly disaster recovery drill
it's a planned downtime for all servers, to ensure the system is healthy and ready to go on action at any time

However, my servers have some issues and i've been working on it for 2 weeks
The last drill we had is a half disaster for me as it nearly fails


So today i was freaking scared.
Scared like hell.
Scared that it will failed totally.


I managed to do some improvements yesterday on the server so it seems that my hard work is paid off
Syukur kepada Allah swt
Kepada siapa lagi hamba memohon pertolongan kalau tidak kepadaMU Ya Allah

Today's drill is a successful one
If it ever failed, i may need to spend 6 hours bringing it back online. Gosh.

haha
I'm so happy.
Freaking happy.
Happier than getting the jackpot
Happier than getting my 2nd coach handbag
Haha...


Wednesday, January 27, 2010

Disko Dut..

Okay
Please
Be Positive
Entri ini sesungguhnya tiada berniat mengutuk mahupun menghina
(Ku tak mau kerana mulut badan binasa huhu)
Bahkan aku merasa hepi...really!!
Semangat aje nak masuk opis...

Alkisah...
Semestinya pada pertama kali, diulangi pertama kali, aku terkejut beruk melihat lantai baru lift kat opis...

Macam kat Disko!!! pewitttt....
(Walaupun seumur hidup tak pernah menjejakkan kaki ke disko T_T)

Lip Lap Lip Lap...
Pastu kat tengah2 lantai ada kaler merah terang benderang...
Kat opis aku ni ada 3 lift, asalnya lantai semua lift ni tile warna hitam...very the dull la kata orang hehe

Ni original tile
Tengok pun tak semangat hoh
(Pandai aje komen - nk cantik kau naik lah lift hotel)


Tapi haritu tile rosak agaknye, sebab masa pagi aku datang tu, lift under construction
Then bila aku nak pergi buat helpdesk, kebetulan lift tu dah okay, and maybe dia nk bagi aku tengok wajah baru dia yang gilang gemilang tu kot hehe

Siap ada glitter2 lagi tau...awwww..

Sesuai untuk menceriakan hati aku yang selalu tension + pressure + demotivated kebelakangan ni

So sekarang kalo aku tension, aku mesti rasa nak tengok lantai lift ni

Boleh gitu

Terima kasih kepada inisiatif yang diambil untuk menceriakan lift pejabat kita....

Kan bagus kalau dalam opis pun ceria...kan? kan?



Whatever lah - kata my niece, Najihah Khadijah yang baru umur 4 tahun bila kita bebel2 kat dia




Friday, January 22, 2010

Best ke kerja IT?

Hmmmphhh...kenapa dulu masuk U amik course IT ek? Why? Why?

Adakah kerja IT sangat best? Tidak
Gaji besar? Tidak
Ramai balak hensem? Lagilah tidak - orang kata budak IT muka macam monitor. LCD ke CRT? Hahaha...Heh ye ke? Berapa inci tu aku tak berapa pasti lah haha. Sampai hati korang. cait!

Dah tu ape yang best?

Kenapa dulu aku beria-ria nak amik course IT ni ek? Seingat aku, ini lah sebab-sebabnya:

1) Yang terutama sekali: Sebab aku tak credit Fizik, so takleh amik Medic...huuuuuuuuu... dulu angan-angan nak jadi doktor lah konon2...kira kerjaya yang membanggakan lah...tapi tak sangka lah pulak nk amik Medic kena kredit Fizik? Ape kaitan? Perlu periksa zarah atau molekul ke? Perlu periksa berapakah haba yang dilepaskan oleh kacang tanah semasa pembakaran oleh penunu bunsen ke? Dah tu? Ntah aku pun tak tau..Dah tak kredit fizik tu diam aje lah kan...

2) Disebabkan takleh amik Medic, maka setelah berhari-hari browse buku kemasukan ke universiti awam tu, aku amnik keputusan untuk amik IT. Salah satu sebab adalah antara course yang aku pernah dengar...hehe. Maklumlah cerita 10 tahun lepas...zaman tu tak berapa amik peduli pasal pelajaran...la la la la...

3) Sebab masa kecik-kecik dulu aku telah dibodoh2 kan oleh abang long. Masa tu dia baru beli komputer, so aku pun terhegeh-hegeh la nak mengendeng main game solitaire. Abis terer la kalo main solitaire. haha... Then dia tunjuk aku satu magic, yang tak berapa magic kalo dia tunjuk sekarang pada umur aku 27 tahun (T_T) tapi cukup untuk 'MENIPU' budak darjah 6....

Abang long aku tunjukkan copy paste dokumen.

Bila copy paste kan kita boleh nampak dokumen tu pergi dari existing folder to destination folder...so abang long kata dia buat magic, sebab tu file tu boleh 'terbang'. Dan aku yang daif dan naif ni pun percaya lah yang dia buat magic...

Haa bagus...ketawa lah korang...ketawa2...atas kebodohan aku haha...Hampes punya abang, sanggup dia bodoh2 kan adik dia...cis!

4) Aku berangan jadi hacker terhebat macam dalam cerita 'Hacker'. Alaa...yang Angelina Jolie berlakon tu...yang dia boleh tukar lampu trafik dari kaler hijau kepada kaler merah tu..pastu dia boleh tukar jumlah duit dalam account bank orang tu....huhu...i like!!!! hehe

Sebenarnya kalau nak dikira banyak lagi sebab-sebab lain aku amik IT...tp sebab-sebab yang kukuh adalah seperti di atas..huhu...

And disebabkan sifat sambil lewa dan berangan-angan tahap gaban tu, sekarang aku kena stay back dekat opis...sekarang pukul 3:45 pagi...kerja aku - repair Windows Installation sebab sekarang pc kat opis aku banyak ada problem...so daripada carik solution berjam-jam, baik repair aje....Dapat OT? Ohhh...untungnya kalau dapat OT..tak ada ye cik-cik dan puan-puan sekalian sebab tak entitled...So instead of OT, aku cuma dapat replacement leave aje....what the?
tooooot....

haha...tapi semua exec level and above pun macam tu kan...except for those lucky ladies working in super-duper company offering OT even if you're management level...So lucky - Don't forget to inform me on any vacancies. With nice salary. T_T

Okay anyway...not all things IT is bad...i enjoy my work as long as there is not too much pressure coming from every direction...user don't scream over the phone at 8:30 in the morning yelling that their outlook cannot open, cannot access shared drive bla..bla..bla...and most importantly nobody mess my time with my family...full stop.

The sweetest thing i can remember about IT - i met my Husband because he's also in IT industry...hehehhehe...

Sweet la tu. Tak sweet ke?

Tak sweet sudah.

Dah pegi tidur..hehe...Gud nite everyone....Sweet Dreams.....

Gudnite Zulaikha...Muahhss from Ibu....esok kita jalan-jalan okay....T_T

Monday, August 24, 2009

Adakah email server saya juga berpuasa

Lalu dia mengambil keputusan untuk berhenti rehat 3 jam sekali sejak pukul 12 tgh hari siang tadi.

haha annoying gila kalau korang tak paham apa benda la perempuan ni merepek. Actually, i yang annoyed sebab email server dekat opis dah 4 kali hang hari ini, interval setiap 3 jam. So tadi pukul 10 malam dia dah hang sekali, means pukul 1 pagi lagi sekali. So, i kena remote connect to office from home now just to make sure when the service failed, i boleh troubleshoot. bah!

Ngantuk tetapi tidak boleh tidur kerana i sleep like a log. haha...

And masa down pukul 10 tadi, i tak sedar pun yang ramai orang call. Bila bangun ada 12 missed calls hihi... I rasa i kena tukar ringtone message i from lagu wonderpets - Telefon berbunyi tu kepada ringtone yang ganas-ganas sikit so i boleh bangun. Korang ada suggestion? ;p

Walaupun annoyed, i sempat update blog yang tak glamer ni heheh just for the sake of old time memories. Mana tau 5 years from now, i dah jadi CIO ke (terlebih sudah) and i akan gelak besar bila baca balik blog ni and at that time i pulak suruh my 2nd level support remote from home hehhehe.....

Okeh. Selamat Malam. Guten Nacht kata orang German. Cakap Jawa nanti i belajar from my mother :D


Monday, August 3, 2009

Kenapa setiap hari saya perlu balik kerja pada pukul 5:30

Waktu kerja di tempat saya adalah dari 8:30 - 5:30. Tetapi hairan, apabila ada orang yang balik pada pukul 5:30, orang yang masih berada di office akan cakap "awalnya balik".

5:30 bukan balik awal. Ia adalah balik setelah cukup masa bekerja. Kerana kita perlu pulang ke rumah. Kita ada keluarga. Mak ayah. Suami Isteri. Anak yang comel menanti di rumah. Yang lebih penting dari kerja itu sendiri.

Kerana orang-orang seperti saya, pukul 1:42 pagi masih lagi menghadap laptop untuk menyiapkan paperwork dan sebagainya. Ditemani anak perempuan saya yang semestinya sudah tidur. Baru lepas menyusu 2oz dengan mata tertutup tetapi mulutnya masih menghisap susu botol heehee...

Bagi saya, jika tiada masalah-masalah di pejabat, semua server berperangai baik, saya akan balik tepat pada pukul 5:30. Tidak sabar berjumpa dengan Zulaikha Arifa yang comel. Seperti yang pernah saya sebutkan sebelum ini - like mother like daughter heehee...

3 hari lagi zulaikha berusia 5 bulan. Sekarang ini, masih di dalam proses hendak bergerak ke hadapan. Punggung sahaja berjaya di angkat dan mulut akan mengeluarkan suara yang agak kuat mungkin kerana geram masih belum berjaya bergerak. Setiap hari pun begini dan setiap hari juga saya akan ketawa melihatkan keletah anak saya. Oleh itu, kepada rakan-rakan pejabat, mahupun user, jangan ganggu ketika saya bercuti kerana saya menjalankan tanggungjawab saya kepada anak kecil saya. Suatu hari nanti, anda juga begitu. Mesti korang serba salah nak call kan nanti? haha

Ini Nur Zulaikha Arifa.



Comel bukan? Seperti saya. hahahha....





Di dalam usaha bergerak ke hadapan masih berupaya pose kepada photographer






Akhirnya kepenatan. Photograher hilang idea bagaimana mahu membuatkan model di dalam gambar terus tersenyum ;p


Related Posts with Thumbnails