Monday, August 24, 2009

Adakah email server saya juga berpuasa

Lalu dia mengambil keputusan untuk berhenti rehat 3 jam sekali sejak pukul 12 tgh hari siang tadi.

haha annoying gila kalau korang tak paham apa benda la perempuan ni merepek. Actually, i yang annoyed sebab email server dekat opis dah 4 kali hang hari ini, interval setiap 3 jam. So tadi pukul 10 malam dia dah hang sekali, means pukul 1 pagi lagi sekali. So, i kena remote connect to office from home now just to make sure when the service failed, i boleh troubleshoot. bah!

Ngantuk tetapi tidak boleh tidur kerana i sleep like a log. haha...

And masa down pukul 10 tadi, i tak sedar pun yang ramai orang call. Bila bangun ada 12 missed calls hihi... I rasa i kena tukar ringtone message i from lagu wonderpets - Telefon berbunyi tu kepada ringtone yang ganas-ganas sikit so i boleh bangun. Korang ada suggestion? ;p

Walaupun annoyed, i sempat update blog yang tak glamer ni heheh just for the sake of old time memories. Mana tau 5 years from now, i dah jadi CIO ke (terlebih sudah) and i akan gelak besar bila baca balik blog ni and at that time i pulak suruh my 2nd level support remote from home hehhehe.....

Okeh. Selamat Malam. Guten Nacht kata orang German. Cakap Jawa nanti i belajar from my mother :D


Thursday, August 20, 2009

Selamat berpuasa dan mintak maaf segalanya

Assalamualaikum dan selamat pagi!! eheh macam cikgu-cikgu pulak

So pagi tadi bersarapan pukul 6 pagi kerana begitu thrill hendak berpuasa esok (padahal terpaksa bangun awal kerana baby dah bangun and mak pula sudah masak sarapan pagi ;p)

Anyway sedang bersarapan, teringat pula bahawa ini adalah sarapan pagi terakhir sebelum bermula sebulan puasa esok. Jika Allah panjangkan umur, boleh jumpa lagi pagi hari raya dan bersarapan sekali lagi dan lagi untuk 11 bulan berturut-turut.

Sempena bulan ramadhan yang mulia ini (intro yang boleh di baca di mana-mana (^_^)) saya ingin meminta maaf segala kesalahan saya terhadap anda semua. Saya telah banyak menerima email-email seperti di bawah dan oleh kerana tidak sempat hendak membalas semua email, maka saya memohon maaf disini....

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan

"Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan

hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang

meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat dan dilakukan pada

hari Jumaat.



Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika adaberbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.



Saturday, August 15, 2009

Kehilangan kawan baik saya

Mungkin tidak semua orang seperti saya. Kerana siang tadi saya menonton drama Meteor Garden 1 yang download dari torrent, dan saya teringat kata-kata Huaze Lei yang handsome dan sentiasa buat saya ulang lihat berkali-kali dan saya tidak sudah2 menaip 2 baris ayat untuk report antivirus saya dari siang tadi..hehe...saya teringat kata-kata Lei...

"Only depressed person feels lonely"

Lonely. Maka itu saya perlukan kawan saya untuk bercerita, mengadu sakit pening, penat bekerja, tidak cukup tidur malam, ingin makan makanan kegemaran saya di tempat yang agak jauh, ingin berelak ketawa.

Tetapi kawan baik saya tiada. Hilang. Dari mata saya. Mungkin suatu hari nanti dia akan hilang jua dari hati saya. Kalau itu yang dia mahukan.

Saya sangat sedih.

Tapi mengingat kembali kata-kata watak Lei dalam Meteor Garden, lonely hanya di rasakan oleh orang yang depressed...Maybe i'm not there yet...So there's no need to feel depressed...

Tak mengapalah kalau kawan baik yang seorang ini tidak ingin lagi mendengar bebelan saya.....
Saya harus belajar berterima kasih dan menerima pemergian orang dari hidup saya...





Dahulu kita pernah sama-sama saksikan pemandangan ini...di pagi hari dengan kopi panas...


Terima kasih kerana pernah menjadi kawan baik saya yang sangat-sangat memahami dan menyayangi...Semoga Allah limpahkan kebahagiaan di dalam hidup awak....


Celcom Commercial - Scha and Fahrin Ahmad

Saya meminati Scha. So cute and selamba. And i like this tv commercial too...too cute lah. haha... org kata jatuh cinta tu semua indah..kena marah dengan boss, cepat2 call yang tersayang..dah lupe apa yang boss maki-maki tadi, tayar pancit pun tak apa...call yang tersayang..banyak keje, tak sempat makan, semua call yang tersayang...pendek kata semua indah lah. Yang tak indahnya...tunggu la anda semua rasai sendiri ehek...

Apa yang aku merepek ni. Aku nak kau orang layan la video clip ni berapa banyak kali pun sebab aku rasa vc ni comel la...pompuan...semua pun comel...haha..



comel kan?kan?

Monday, August 3, 2009

Kenapa setiap hari saya perlu balik kerja pada pukul 5:30

Waktu kerja di tempat saya adalah dari 8:30 - 5:30. Tetapi hairan, apabila ada orang yang balik pada pukul 5:30, orang yang masih berada di office akan cakap "awalnya balik".

5:30 bukan balik awal. Ia adalah balik setelah cukup masa bekerja. Kerana kita perlu pulang ke rumah. Kita ada keluarga. Mak ayah. Suami Isteri. Anak yang comel menanti di rumah. Yang lebih penting dari kerja itu sendiri.

Kerana orang-orang seperti saya, pukul 1:42 pagi masih lagi menghadap laptop untuk menyiapkan paperwork dan sebagainya. Ditemani anak perempuan saya yang semestinya sudah tidur. Baru lepas menyusu 2oz dengan mata tertutup tetapi mulutnya masih menghisap susu botol heehee...

Bagi saya, jika tiada masalah-masalah di pejabat, semua server berperangai baik, saya akan balik tepat pada pukul 5:30. Tidak sabar berjumpa dengan Zulaikha Arifa yang comel. Seperti yang pernah saya sebutkan sebelum ini - like mother like daughter heehee...

3 hari lagi zulaikha berusia 5 bulan. Sekarang ini, masih di dalam proses hendak bergerak ke hadapan. Punggung sahaja berjaya di angkat dan mulut akan mengeluarkan suara yang agak kuat mungkin kerana geram masih belum berjaya bergerak. Setiap hari pun begini dan setiap hari juga saya akan ketawa melihatkan keletah anak saya. Oleh itu, kepada rakan-rakan pejabat, mahupun user, jangan ganggu ketika saya bercuti kerana saya menjalankan tanggungjawab saya kepada anak kecil saya. Suatu hari nanti, anda juga begitu. Mesti korang serba salah nak call kan nanti? haha

Ini Nur Zulaikha Arifa.



Comel bukan? Seperti saya. hahahha....





Di dalam usaha bergerak ke hadapan masih berupaya pose kepada photographer






Akhirnya kepenatan. Photograher hilang idea bagaimana mahu membuatkan model di dalam gambar terus tersenyum ;p


Related Posts with Thumbnails