Waktu kerja di tempat saya adalah dari 8:30 - 5:30. Tetapi hairan, apabila ada orang yang balik pada pukul 5:30, orang yang masih berada di office akan cakap "awalnya balik".
5:30 bukan balik awal. Ia adalah balik setelah cukup masa bekerja. Kerana kita perlu pulang ke rumah. Kita ada keluarga. Mak ayah. Suami Isteri. Anak yang comel menanti di rumah. Yang lebih penting dari kerja itu sendiri.
Kerana orang-orang seperti saya, pukul 1:42 pagi masih lagi menghadap laptop untuk menyiapkan paperwork dan sebagainya. Ditemani anak perempuan saya yang semestinya sudah tidur. Baru lepas menyusu 2oz dengan mata tertutup tetapi mulutnya masih menghisap susu botol heehee...
Bagi saya, jika tiada masalah-masalah di pejabat, semua server berperangai baik, saya akan balik tepat pada pukul 5:30. Tidak sabar berjumpa dengan Zulaikha Arifa yang comel. Seperti yang pernah saya sebutkan sebelum ini - like mother like daughter heehee...
3 hari lagi zulaikha berusia 5 bulan. Sekarang ini, masih di dalam proses hendak bergerak ke hadapan. Punggung sahaja berjaya di angkat dan mulut akan mengeluarkan suara yang agak kuat mungkin kerana geram masih belum berjaya bergerak. Setiap hari pun begini dan setiap hari juga saya akan ketawa melihatkan keletah anak saya. Oleh itu, kepada rakan-rakan pejabat, mahupun user, jangan ganggu ketika saya bercuti kerana saya menjalankan tanggungjawab saya kepada anak kecil saya. Suatu hari nanti, anda juga begitu. Mesti korang serba salah nak call kan nanti? haha
Ini Nur Zulaikha Arifa.
Monday, August 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 owesome!!:
sbb tu saya sms je :)
Post a Comment