Monday, March 29, 2010

Umrah 2010...Selamat pergi selamat kembali

Hari ini sahabat baik saya Ahzamudin Sulaiman akan menunaikan umrah
Pada umur 27 tahun...
Amin...

Sedang saya pada umur 27 tahun masih sibuk nak melancong ke Krabi, Bali etc

Azam...
Semoga selamat pergi selamat kembali ye..
Semoga doa ko diperkenankan oleh Allah...
Semoga bertemu jodoh yang baik ehehhehehe +_+
Semoga kesihatan mak dan ayah ko bertambah bauk hendaknye...

Begitu juga lah dengan semua umat Islam yang mengerjakan umrah pada tahun ini...
Semoga amalan anda diterima olehNya
Amin....





ikan bakar keramat AU2. Sedap!!

Anda di KL dan mengidam makan masakan kampung?

Anda mengidam ikan keli bakar yang dicicah dengan sambal kicap ataupun sambal asam?

Anda mengidam makan sayur batang keladi masak lemak campur siput?

heheh
Dah lapar ke?+_+

Jika anda menjawab 'YA' untuk semua soalan di atas, pastikan anda pergi ke
Medan Selera depan bangunan Sapura dekat Keramat AU2


Sungguh berbaloi
Harga pun berbaloi
Tempat makan pun bersih
Pekerja ramah tamah dan cepat
Tuan punya kedai lagi ramah tamah
Pendek kata memang berbaloi-baloi

Menu makan memang boleh rambang mata
Lauk pauk lebih dari 10 jenis +_+
Semua sedap. Semua masakan kampung yang menaikkan selera.

Okay
Enough talking

Yang penting memang sedap, harga berpatutan dan kedai bersih.
Kalau turun KL, confirm saya makan kat sini!!


ikan keli bakar yang sedap amat beserta 3 jenis pencicah.
sayur lemak nangka...
siput masak lemak cili api...
sambal belacan..
bandung laici gelas besar..+_+
nyam2...

maaflah tak ada banyak gambar sebab waktu ini saya sangat lapar.
tak peduli dah nk amik gambar.



Tuesday, March 23, 2010

Saya pergi zoo taiping. dan ia sangat cantik!!

Saya memang seorang pencinta hidupan liar
eheh
Saye rasa ramai orang pun begitu
Betul tak?
\(' ; ')/

Setelah hampir 2 tahun ulang alik depan signboard Zoo Taiping setiap kali balik kampung mertua
Akhirnya saya dapat pergi
hahahappy

Kalau nak bandingkan Zoo Taiping dgn Zoo Melaka yang dah lebih 5x saya pergi dalam masa 2 tahun, saya rasa tak berapa sesuai sebab Zoo Melaka banyak sponsor
Zoo Melaka pun masih baru lagi dan peralatan pun masih baru
Zoo Taiping agak old school sikit dan sesetengah tempat dalam zoo ni agak scary sebab suasana dia lebih macam hutan. Banyak pokok-pokok besar merimbun.
Zoo Melaka macam taman.
Kandang haiwan kat zoo taiping pun nampak macam dah tua sikit.

Anyway, bukan itu yang saya nak emphasize pasal Zoo Taiping
Walaupun zoo agak berumur, kandang agak berumur, tapi ada 2 tempat di zoo ini yang saya rasakan sangat sangat cantik!!

Harap maklum saya hanya menggunakan kamera 7 Megapixel
Dan tak ada teknik amik gambar langsung
Saya hanya boleh katakan di zoo ini ada tempat yang sangat cantik!!



Cantik 1
Actually kawasan ni sangat indah
Tapi mungkin cara saya amik gambar tak menunjukkan dia indah
Yang hijau tu sebenarnya air kolam....
Nampak cantik sangat bila rusa tu masuk dalam air
Nampak real

You have to see it yourself +_+




Cantik 2
Ni lagi satu tempat yang sangat cantik
Macam dekat savana tau?
Tak rasa pun yang waktu ni saya berada dalam zoo.
So beautiful. So real.



Burung yang saya tak tau nama ni buat sarang di kolam air
zoo lain ada?
hehe




Kegemaran saya! - kolam ikan ..hehe
Rasa tenang bila melihat ikan berenang-renang
Zoo Taiping ni memang dipenuhi kolam-kolam yang ada banyak ikan di dalamnya





Ibu penyayang sedang mengajar si kecil
Look Zulaikha, it's a giraffe. It's a bird. No it's an aeroplane. No it's Superman!!
haha




Akhir sekali
Penaja percutian dalam Malaysia kali ini
Beri tepukan
+_+

Encik Husband yang masih sibuk menjawab telefon dari opis walaupun tengah cuti
heh
Dan of course, my darling daughter - Zulaikha who likes to be in front of the camera and smile.




Sebenarnya yang paling cantik antara semua ini adalah
> dapat meluangkan masa berkualiti untuk orang yang tersayang.... <


Thursday, March 18, 2010

farewell has never been easy

harini last working day untuk one of my officemate - Shahrul Anuar
~~

Let's describe him a bit
- He's a very positive and energetic person
- Kalau dia ketawa, satu floor dengar. Tak kira bos ada ke takde ke, ramai orang ke dia bantai gelak. And gelak dia unique. Dia sorang aje boleh gelak camtu +_+
- PR skill dia very good. Bila dia bercakap, macam orang yang matang (tak sesuai dgn character dia) hehe...
- Dia suka buat lawak dan usik orang
- Dia ada macam-macam idea buat business yang bernas
- Dia kuat semangat
- Dia photographer hebat ;p

Overall, he's a great person.

Kalau ko terbaca blog aku ni, aku ucapkan 'selamat berjaya' dekat ngko
Semoga segala impian ko tercapai hendaknya
Dan semoga ko tak lupakan sembahyang 5 waktu dan masjid yang ko selalu pergi masa dekat sini....
Kalau panjang jodoh dengan cik girlfriend, sila jemput...and bg door gift hebat2...+_+

All the best!!

Sori kualiti gambar memang poor
Sebab aku cuma ada E71
Maybe lepas ni aku ada 7D plak...huhu




Tuesday, March 16, 2010

Zulaikha first birthday

Alhamdulillah...
Akhirnya anak yang dahulu semasa lahir sangat kecil dengan berat 2.63kg, kini dah berumur setahun dengan berat 8.3kg....

Takde birthday party
Just celebrate dengan atuk & nenek, pak ngah and ibu & ayah....

Get her a Chocolate Indulgence cake from Secret Recipe
(ni ibu dia yg nk makan. zulaikha makan sikit aje +_+)
and days after that, kami pergi newly opened Tesco Bukit Indah, dia tunjuk anak patung Tigger yang dalam kartun Pooh Bear tu...
Bila dah dapat, abis dia gigit idung Tigger tu....hehe...
And so that becomes her birtday present....

Happy Birthday Zulaikha
Semoga Zulaikha menjadi anak yang baik dan bijak
Amin....




Sunday, March 14, 2010

30.06.2010 - Twihard, don't miss the most awaited movie of the year !!



Orang-orang yang tak suka mesti nak muntah sekarang kan
Tajuk entri ni of course lah from my own point of view
You don't have to like it you know......+_+

Actually tak sangka the next series of Twilight Saga will be showing so early...

30.06.2010

wooohooooo!!!!
Mari tgk wayang beramai2....
Masa First Series Twilight keluar, aku tak tengok wayang, just download Torrent aje
Hamik ko, teruk gila kualiti movie tu
Gambar pudar, senget benget
Masa ni DVDrip belum keluar lagi

Tapi teruk-teruk gambar pun, aku senyum sampai habis movie ni
Pastu asyik movie tu jek la yg aku tgk kat laptop aku tu
Sampai makan pun depan laptop. Layan Twilight.
Nasin baek masa tu belum ada anak lagi

Masa New Moon, aku tgk wayang dgn Encik Husband
Siap amik cuti lagi sebab nak tengok wayang punya pasal haha
Masa ni dah ada baby
Baby tinggal dekat rumah dengan nenek
> Zulaikha jgn marah ibu ye heeehhehe <
And yang kelakarnya, dekat dengan seat kitaorang dalam panggung tu, ada husbannd+wife+anak lelaki
anak lelaki dia ni kecik lagi, dalam umur setahun lebih
Oleh sebab mak dia dah begitu khusyuk tengok movie, sampaikan anak dia tak dilayan and husband dia yang kena layan anak dia tu berceloteh
hehehheheheh
(Sebab ni lah ibu tinggal zulaikha dengan nenek tahu) +_+


So tahun ni Eclipse pun mesti nk tengok wayang jugak
And kebarangkalian zulaikha tinggal dengan nenek juga adalah sangat tinggi
huhu

Trailer movie ni dah keluar tau....




Jom tengok Eclipse!!!!



Thursday, March 11, 2010

Aku terkena. Kau?

Teka-teki : Kenapa orang yang gali kubur tak pakai seluar dalam?

ni Encek Husband tanya dengan muka serius

pas tu aku pun tanya dia "Mana syg tau?"

Pastu dia gelak tak ingat punye
And cakap macam ni yang buat aku rasa nak karate dia guna senduk yang aku pakai buat kacau sayur lemak ;p

"kalau dia gali kubur pakai seluar dalam bila nak siap. pakai cangkul la syg oi"

hampes
sungguh hangin



Jaga dia
Nanti aku pikir teka-teki power punya
hahahaha (ketawa jaat)





Tuesday, March 9, 2010

Bear bertanduk & Kucing pakai pinky shades


sekarang saya suka bermain
mungkin sebab nak release tensi
walaupun dah tua bangka dan dah ada anak
tak kisahlah..
i deserve my own happy place
+_+


saya jumpa tools ni masa search URL river monsters
it makes me smile. big one.
.
.
.

comel tau
.
.
.


comel kan?
hehe


this is animal mix-up
kita boleh suai padan (mix-n-match) haiwan dengan haiwan lain punya hidung, gigi, tanduk
you can find it HERE

macam main barbie doll pula
boleh bagi dia pakai shades belang-belang pink +_+


meowww....dgn shade posh spice
nasib takde high heels atau gladiator wedges ;p



River Monsters

Jeremy Wade dan ikan duri Piraiba


alkisah tadi baru saja lepas tgk River Monsters
Saya memang suka tgk hidupan liar
(Tapi saya bukan hidupan yang liar ye +_+ )

River Monsters ni tentang seorang lelaki merangkap hos- Jeremy Wade
Uncle Wade ni mengembara ke pelusuk sungai untuk tunjukkan ikan-ikan besar + ganas yang terdapat di sungai-sungai air tawar
eh ada ke sungai air masin?
sila rujuk wiki
saya tak pandai...
- maaf ye. saya dapat A2 untuk Geografi masa SPM. Oleh itu abaikan fakta yang salah heehee-

Dalam program ni, dia tunjukkan berbagai spesis ikan yang menggerunkan dan pernah ada rekod yang ikan tu makan orang dsbg..

Selama ni kalau cerita pasal ikan yang menggerunkan, pasti kita pikir pasal Piranha atau Jerung kan
Tapi dia ni tunjukkan spesis ikan yang nampak tak ganas langsung tapi hakikatnya adalah hakikat +_+ (saya kehabisan tatabahasa melayu disini)

Ada ikan duri seberat 500 paun yang boleh telan seorang lelaki dewasa. Pastu ikan yang telan orang ni terapung sebab tercekik.
- Horror - ke kelakar ke

Pastu ada ikan kecil yang menghisap darah, dan ia boleh masuk ke dalam badan manusia melalui alat sulit!!!
- lagi horror-
Ni cerita betul tau...orang ni siap kena hantar sepital lagi
Pengajaran: Jangan buang air kecil dalam sungai. Pergi buang di toilet. Periksa dulu dalam lubang tandas ada ular sawa atau tidak +_+

And paling horror
-> tak habis-habis dengan horror dia dari tadi
ada satu jenis ikan ni, dia kecik aje, tapi dia makan daging, dan ada orang yang hilang semua organ, usus, dan segala macam isi badan dia, bila doktor check, badan dia kosong sebab ada lebih 100 ekor ikan kecik ni gigit badan dia dari luar, masuk dalam badan dia dan dah makan semua isi badan dia...

~ ewwwww ~

Korang tgk lah dokumentari ni
Boleh tgk pictures and video mengenai ikan-ikan pelik, menarik online HERE

Gerenti best
Thumbs up


Related Posts with Thumbnails