Thursday, August 20, 2009

Selamat berpuasa dan mintak maaf segalanya

Assalamualaikum dan selamat pagi!! eheh macam cikgu-cikgu pulak

So pagi tadi bersarapan pukul 6 pagi kerana begitu thrill hendak berpuasa esok (padahal terpaksa bangun awal kerana baby dah bangun and mak pula sudah masak sarapan pagi ;p)

Anyway sedang bersarapan, teringat pula bahawa ini adalah sarapan pagi terakhir sebelum bermula sebulan puasa esok. Jika Allah panjangkan umur, boleh jumpa lagi pagi hari raya dan bersarapan sekali lagi dan lagi untuk 11 bulan berturut-turut.

Sempena bulan ramadhan yang mulia ini (intro yang boleh di baca di mana-mana (^_^)) saya ingin meminta maaf segala kesalahan saya terhadap anda semua. Saya telah banyak menerima email-email seperti di bawah dan oleh kerana tidak sempat hendak membalas semua email, maka saya memohon maaf disini....

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan

"Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan

hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang

meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat dan dilakukan pada

hari Jumaat.



Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika adaberbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.



1 owesome!!:

shima said...

salam ramadhan.

Related Posts with Thumbnails