Friday, February 19, 2010

Bila kita buat kerja extra - Orang kata tu TANGGUNGJAWAB...

Tapi bila sesuatu masalah berlaku, kita dilabel "SCREW UP"
atau
Kata-kata tanpa perangsang seperti:
1) Kalau awak tak nak buat, biar saya aje lah yang handle
2) Ni mesti dia dah buat something ni
3) I don't care, you make sure the problem is solved, no more excuses or i'll make sure you're out of your job

Bukankah kita sama- sama manusia yang datang ke tempat kerja untuk mencari rezeki
Rezeki yang halal..yang diberkati Allah
Tetapi kenapa ada manusia yang entah kenapa, tak dapat nak dijelaskan dengan perkataan, bahawa mereka ini sangat menjengkelkan hati dan perasaan

Salahkah jika kita menjadi orang atasan yang berbudi bahasa
Yang adil
Yang tidak membuat keputusan membabi buta @ mengikut perasaan
Dan yang penting sekali
Oleh kerana kita punya kuasa maka semua orang mesti ikut cakap kita
Adakah semua yang kita cakap itu betul?
Dan kenapa ketika kita menyedari apa yang kita katakan itu salah, dan ada pekerja bawahan kita yang sudah menanggung akibat dari kesalahan kita itu, tapi tiada kata maaf pun yang keluar dari mulut kita
Wajar digelar manusia atau apa orang seperti ini


Inilah penyakit hati dan otak yang aku rasa wujud di banyak tempat

Catch Somebody Doing Wrong instead of Catching Somebody Doing Right

Hanya kesalahan yang diukur, tetapi penat lelah kita, masa yang kita gadaikan untuk kerja walhal sepatutnya ketika itu kita bersama anak dan keluarga di rumah, TIDAK PERNAH DIHARGAI
Adakah kerana itu dipanggil tanggungjawab kita sebagai pekerja?
Tanggungjawab yang mencekik leher

Pernahkah terfikir yang waktu bekerja hanyalah 8:30 - 5:30
Tetapi kenapa jika ada yang pulang pukul 5:30 maka dia telah dipandang serong??
Apa gunanya pulang pukul 6:30 tetapi sepanjang hari hanya melayan facebook dan berbalas email?
Bukan kenaikan gaji yang diminta
Walaupun gaji itu adalah sebab kita bekerja, tetapi jika tidak bahagia apalah gunanya

Apalah salahnya ketika masalah melanda, kita sebagai orang atasan memberi kata perangsang
Memberikan semangat..


Cubalah dari hari ini menjadi seorang MANUSIA YANG PUNYA HATI DAN OTAK


2 owesome!!:

che epy said...

hi bunyi mcm geram je... manusia ni mmg mcm2 ragam2.

ADeeB & Co. said...

manusia... manusia... hidup ibarat roda..... ingat tu...

Related Posts with Thumbnails