Malam tadi tido 4:30 pagi. Bangun pagi pun lambat.
Sebab bangun lambat, lupa nak wish kat mak "Selamat Hari Ibu"
Padahal dah berminggu2 ingat...
Hadiah pun tak sempat belikan. Kebetulan zulaikha demam dari hari isnin sampai jumaat. Kemudian, saya pulak demam hari jumaat sampai sabtu.
Macam-macam.
Mak saya...walaupun mak tak pandai gunakan komputer, dan mungkin hanya akan baca entri ini bila saya tunjukkan, saya berharap dengan adanya entri ini, maka zulaikha suatu hari akan melihat kami sebagai satu keluarga yang amat bahagia.
Saya bertuah mempunyai mak yang penyayang dan mementingkan pelajaran. Begitu juga dengan abah.
Seingat saya, sejak kecil, mak dan abah tak pernah sekalipun cubit saya, apatah lagi pukul.
Bukan sebab saya satu-satunya anak perempuan dan bongsu pula, tetapi saya rasa begitu juga dengan abang long dan ngah.
Tapi mungkin abang long dan ngah ada kena pukul sikit-sikit sebab diorang naughty.
hehe
Mak seorang ibu yang baik. Mak tak pernah banggakan kami adik beradik ataupun ceritakan perihal pencapaian kami dalam pelajaran. Mak merasakan itu akan membuatkan orang merasa menyampah dengan kita.
Mak juga selalu pesan supaya saya hormatkan orang tua. Dan sekarang bila dah berkahwin, mak selalu pesan, bila dekat rumah mak mertua, kena bangun awal masak sarapan jangan sampai mak mertua yang masak untuk kita. Jangan asyik tido aje. Dan bermacam-macam pesanan yang sememangnya betul.
Mak juga adalah ibu yang sangat kuat semangat. Kalau setakat demam, mak masih akan bangun pukul 5:30 pagi masak sarapan untuk kami sekeluarga. Dulu ketika saya kecil, mak dan abah masih kerja menoreh getah, pukul 4:30 pagi dah keluar rumah pergi menoreh, sedang saya masih lagi syok berdengkur...
Selepas habis menoreh, mak dan abah akan balik ke rumah, mak akan masak makanan untuk makan tengah hari, kemudian selepas pukul 2 petang, mak akan menoreh kebun di sebelah rumah pula untuk tambah pendapatan. Untuk sekolahkan kami adik beradik.
Kami orang susah.
Mak asal dari keluarga senang, tetapi berkahwin dengan abah yang dahulunya pekerja atuk.
Mak tak mintak bantuan satu sen pun dari keluarga dia walaupun ketika itu kami hidup susah.
Macam-macam kata-kata tak sedap didengar sampai ke telinga mak, ke telinga kami adik beradik. Dari kecil saya melihat kesusahan mak dipinggir keluarga.
Ini kebenaran.
Sebab itu saya sayang sangat mak saya.
Mak hidup susah dengan abah, tetapi alhamdulillah mak dan abah sampai sekarang masih hidup bersama, masih sayang menyayangi. Tiap-tiap hari pun bergurau senda.
Mak dengan anak saya - zulaikha
Sekarang walaupun kami tak kaya-raya, tetapi kami hidup senang. bahagia. Alhamdulillah.
Mak dan abah duduk rumah sahaja, tak bekerja sebab dah tua.
Mak dah 58 tahun, abah dah 67.
Alhamdulillah masih sihat...
Orang yang menghina kami masa susah dulu pun tak kaya raya juga, cakapnya juga sama tak berubah-ubah, dari dulu sampai sekarang asyik membangga diri.
Lantaklah. Ada aku kesah.

Untuk Mak: Selamat Hari Ibu
Saayang mak!!
Sekarang walaupun kami tak kaya-raya, tetapi kami hidup senang. bahagia. Alhamdulillah.
Mak dan abah duduk rumah sahaja, tak bekerja sebab dah tua.
Mak dah 58 tahun, abah dah 67.
Alhamdulillah masih sihat...
Orang yang menghina kami masa susah dulu pun tak kaya raya juga, cakapnya juga sama tak berubah-ubah, dari dulu sampai sekarang asyik membangga diri.
Lantaklah. Ada aku kesah.
1 owesome!!:
happy belated mothers day utk mak mas n mas skali..
naoe akk xpnah jmpe mak mas ek?1st time tngok..ayh mas pn same..
Post a Comment